Thursday, February 18, 2021

𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐨𝐝𝐚𝐦 '𝐀𝐧𝐨𝐧𝐲𝐦𝐨𝐮𝐬 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚' 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧


SHAH ALAM - Polis memberkas 11 lelaki dalam serbuan berasingan di seluruh negara dipercayai terbabit dalam aktiviti menggodam sistem komputer kerajaan.


Tujuh serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sekitar Lembah Klang, Perak, Johor, Pahang selepas melakukan risikan dan intipan sejak seminggu lalu.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semua suspek yang diberkas berusia lingkungan 22 hingga 40 tahun.


Menurutnya, siasatan mendapati ada antara yang ditahan adalah pentadbir akaun Facebook Anonymous Malaysia.


"Tangkapan dibuat ekoran ugutan dan ancaman oleh kumpulan berkenaan untuk menggodam sistem komputer kerajaan sejak beberapa tahun lalu dan setakat ini enam laporan polis diterima di seluruh negara.


"Pada masa ini, pihak polis masih lagi dalam proses menjalankan siasatan dengan lebih lanjut untuk mengenal pasti saki baki suspek lain sebelum proses tangkapan susulan dilakukan," katanya selepas melawat sekatan jalan raya di Plaza Tol Setia Alam di sini pada Khamis.


Hadir sama, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.


Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, kesemua suspek yang ditahan disyaki menjalankan serangan siber terancang terhadap laman web kerajaan dan swasta.


Katanya, kesemua suspek direman selama tiga hari bermula Khamis untuk siasatan mengikut Seksyen 4, Akta Jenayah Komputer 1997.


Pada 26 Januari lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.


MKN dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan serius itu diambil berikutan ancaman untuk menggodam laman web kerajaan menerusi penularan satu video di media sosial dikeluarkan 'Anonymous Malaysia' di platform media sosial baru-baru ini.


Sinar Harian


No comments:

Post a Comment

Laman Web Palsu Cabutan Bertuah Petronas

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengesan satu pautan palsu yang tular dikongsi melalui platform whatsapp berken...

Artikel Pilihan