Wednesday, February 24, 2021

Hebahan Awam berkaitan Vaksin Covid-19


Kepada semua penduduk di daerah Sarikei / Meradong / Julau / Pakan

Program Vaksinasi COVID-19 telah dilancarkan di Malaysia dan akan dilaksanakan secara berperingkat. Vaksin ini adalah selamat dan berkesan untuk melindungi individu daripada penyakit berjangkit.

Suntikan vaksin ini adalah PERCUMA dan secara SUKARELA kepada individu 18 tahun dan ke atas dan diberikan dua dos bagi memastikan perlindungan sepenuhnya dapat dicapai.

Pendaftaran vaksinasi boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu melalui aplikasi Mysejahtera, menerusi website www.vaksincovid.gov.my dan membuat pendaftaran di klinik dan hospital awam. 

Semua pendaftaran adalah tanda setuju untuk mendapatkan vaksin.

Siapakah yang layak menerima vaksin COVID-19?

Semua individu berusia 18 tahun dan ke atas yang memenuhi kriteria yang ditetapkan KECUALI mempunyai sejarah alahan serius terhadap vaksin serta ubat-ubatan, ibu mengandung atau ibu yang menyusukan anak dan individu yang berusia 18 tahun ke bawah.

Terbahagi kepada tiga kumpulan sasaran iaitu:

1. Kumpulan sasaran pertama: petugas barisan hadapan (Frontliner)

2. Kumpulan sasaran kedua: warga emas(berumur lebih 60 tahun), individu yang menghidapi penyakit kronik seperti Darah Tinggi, Kencing Manis, Penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan, obesiti dan Orang Kelainan Upaya(OKU)

3. Kumpulan sasaran ketiga: individu berusia 18 tahun dan ke atas

Maklumkan kepada doktor atau jururawat sebelum anda diberi vaksin jika anda

1. Mempunyai alahan terhadap sebarang vaksin dan ubat-ubatan.

2. Berasa tidak sihat dan deman dengan suhu badan yang tinggi

3. Mempunyai masalah pendarahan

4. Sistem ketahanan badan yang lemah akibat penyakit

Penerima vaksin perlu membuat pemantauan sendiri selepas vaksinasi dan jika perlu anda boleh mendapatkan rawatan kesan sampingan vaksinasi di klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Pematuhan SOP norma baharu masih perlu diteruskan selepas menerima suntikan vaksin.

Semua penduduk perlu mengamalkan 3W dan mengelakan 3C iaitu basuh tangan anda dengan sabun atau hand sanitizer, penjarakan fizikal 1 meter daripada orang lain dan pakai pelitup muka,

Perhatian!! Sehingga kini BELUM ADA Vaksin COVID-19 DIJUAL SECARA SAH di pasaran Malaysia.

Layari www.vaksincovid.gov.my untuk mendapatkan info vaksin COVID-19.

#Lindungi diri. Lindungi Semua

No comments:

Post a Comment

Laman Web Palsu Cabutan Bertuah Petronas

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengesan satu pautan palsu yang tular dikongsi melalui platform whatsapp berken...

Artikel Pilihan