Platfom Aduan jalan rosak melalui Aplikasi ‘Whatsapp JKR Sarawak RoadCARE’ mudahkan pengguna jalan salurkan maklumat |
KUCHING, 19 Februari 2021: YBhg. Datu Ir. Haji Zuraimi Bin Haji Sabki, Pengarah Kerja Raya Sarawak telah menyempurnakan ‘Majlis Pelancaran JKR Sarawak RoadCARE melalui Aplikasi Whatsapp’ bertempat di Bilik Muhibbah, Ibu Pejabat JKR Sarawak kelmarin.
Inisiatif berkenaan diperkenalkan bagi memudahkan orang ramai menyalur aduan dan maklumat/photo agar lokasi kerosakan jalan raya dapat dikenal pasti untuk diambil tindakan segera.
YBhg. Pengarah Kerja Raya berkata, platform saluran aduan termasuk diakses menerusi telefon pintar itu merupakan alternatif kepada aduan sedia ada dan bersifat mesra pelanggan. Dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam, ia juga merupakan penambahbaikan dalam aspek urusan penyelenggaraan jalan oleh JKR Sarawak kepada orang ramai.
Menurut beliau, platform khas aduan JKR Sarawak RoadCARE tersebut akan menggunakan aplikasi WhatsApp menerusi talian +6011-70171777 atau +6011-70172777 untuk kemudahan pengguna jalan. Aplikasi bergerak ini membolehkan aduan yang diterima diproses dengan cepat dan lebih sistematik, begitu juga maklum balas kepada pengadu akan dapat diberikan dengan segera.
Turut sama hadir dalam majlis pelancaran tersebut, Ir. Richard anak Tajan (Timbalan Pengarah Pengurusan Aset), Ir. Wisil anak Lichok (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Korporat), Encik Ting Sie Loh (Ketua Aset), Ir. Awang Mohd. Fadillah Bin Awang Redzuan (Penolong Pengarah Aset Jalan & Kejuruteraan Sivil), Jurutera-jurutera Bahagian, pegawai-pegawai ibu pejabat JKR Sarawak serta pihak konsesi-konsesi jalan negeri dan persekutuan.
No comments:
Post a Comment