Tuesday, March 30, 2021

Kampung Baji, Sarikei LOCKDOWN


 

ACTIVE CASE DETECTION (ACD) JALAN BAJI/KAMPUNG BAJI SARIKEI


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2 Adalah dimaklumkan bahawa terdapat kontak rapat bagi kes positif di Daerah Sarikei dari Jalan Baji/Kampung Baji Sarikei telah dikenalpasti oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei. Sehubungan itu, lokasi berkenaan adalah di bawah Active Case Detection (ACD) dan memerlukan pelaksanaan kawalan penuh pergerakan (lock down) berkuatkuasa serta-merta untuk tempoh 14 hari bermula daripada tarikh berikut:


Tarikh: 30 Mac 2021 sehingga 12 April 2021


Lokaliti: Jalan Baji/Kampung Baji Sarikei


3. Mohon Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sarikei untuk mengambil maklum dan membuat tindakan sewajarnya dengan kadar SEGERA


4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah diharapkan dan dihargai.


Sekian, terima kasih.

Monday, March 29, 2021

Kluster terbaru - Kluster Taman Vistagro, Sri Aman

 


𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 [𝗦𝗮𝘁𝘂 (𝟭) 𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂].

Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) lagi kluster baharu iaitu Kluster Taman Vistagro, Sri Aman, Sarawak. Perincian kluster pada hari ini adalah seperti berikut:

𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗩𝗶𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗼, 𝗦𝗿𝗶 𝗔𝗺𝗮𝗻

Kluster Taman Vistagro, Sri Aman adalah satu kluster komuniti yang telah dikesan di kawasan perumahan di Taman Vistagro di bandar Sri Aman.

Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke- 14,911 yang merupakan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 62 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala di klinik swasta.

Indeks kes ini yang telah didapati positif ujian saringan RTK Antigen di klinik swasta pada 23 Mac 2021.

Kes kemudian terus dimasukkan ke PKRC di Sri Aman dan telah menjalani saringan pengesahan menggunakan rT-PCR.

Kes indeks ini telah didapati positif COVID-19 pada 25 Mac 2021.

Kes indeks berkemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti semasa melakukan pergerakan rentas zon iaitu beliau kerap melakukan perjalanan ke Daerah Kuching.

Hasil siasatan lanjut dan pengesanan kes secara aktif dalam kalangan ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual kepada kes indeks ini, tambahan seramai 17 kes positif telah dikesan positif COVID-19 melibatkan kluster ini. 

Sejumlah 179 individu telah disaring, dimana:

• 18 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 

• 46 kes adalah negatif dan

• 115 kes masih menunggu keputusan.

Kesemua 18 kes tersebut telah dirujuk ke Hospital Sri Aman dan telah dimasukkan ke PKRC Sri Aman bagi tujuan mendapatkan rawatan lanjut dan pengasingan.


Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak 29 Mac 2021

Saturday, March 27, 2021

Temujanji suntikan vaksin para guru dan kakitangan sekolah di kawasan Meradong

 

4 April 2021

Berikut antara senarai nama pengajar, guru dan kakitangan yang akan menerima suntikan kali pertama vaksin Covid-19 di seluruh sekolah kawasan Meradong.


Mereka akan menerima suntikan bermula dari tarikh 4 April hingga 8 April secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Dalam pada masa yang sama, penerima diwajibkan datang tepat pada masa temujanji dan jika berlaku kelewatan dari masa yang ditetapkan, nama akan ditukar dan diganti dengan orang lain.


Manakala pakaian hendaklah menggunakan pakaian yang sesuai untuk menerima suntikan di bahu nanti.

Saturday, March 20, 2021

Kebakaran di Rh. Albert Beji, Roban


Sebuah rumah panjang beralamat di Tr. Albert Beji, Jalan Selalang Nyabor, Kpg Pelasuk, Roban terbakar 10 peratus pada malam semalam di tingkat 2 rumah panjang tersebut.



Kebakaran bermula dari pintu rumah nombor 10 di tingkat atas berjaya dikawal oleh penduduk rumah panjang sementara menunggu ketibaan pihak bomba ke tempat kejadian.



Tiba di lokasi, anggota bomba memadam kebakaran sepenuhnya di mana penduduk rumah panjang telah menggunakan 2 alat pemadam api untuk memberi bantuan awal.


Komander Operasi Kanan, PPgB Mahmudin Narudin, Ketua Balai BBP Sarikei berkata, pihak bomba telah menerima laporan pada jam 10.43 malam dan tiada insiden melibatkan kecederaan mangsa berlaku semasa kejadian.

Operasi tamat pada jam 12.14 pagi dengan kekuatan 10 anggota dari BBP Sarikei dan 7 anggota dari BBP Saratok.


Artikel: admin Sarikei Virals


Friday, March 12, 2021

Jawatan "Guru Kimia" di MRSM Betong


IKLAN JAWATAN KOSONG GURU SAMBILAN DI MRSM BETONG

Guru Kimia Sambilan - 1 Kekosongan

Sukacita MRSM Betong mempelawa calon-calon yang berminat dan mempunyai kelayakan yang bersesuaian dengan subjek di atas untuk memohon secara bertulis serta mengemukakan dokumen dan salinan sijil transkrip skrol seperti berikut

i. Data Peribadi(Resume).

ii. 2 keping gambar warna saiz passport terbaharu

iii. Salinan kad pengenalan (disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara),

iv Salinan Sijil Pelajaran Malaysia, transkrip dan skrol ijazah berkenaan ( disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A).

Permohonan bertulis yang lengkap hendaklah dihantar kepada Pengetua MRSM Betong sebelum / pada Selasa, 22 Mac 2021

Hanya calon-calon yang tersenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga dan calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak MRSM Betong

Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya


Sekian, terima kasih


" PRIHATIN RAKYAT DARURAT MEMERANGI COVID-19 "

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"LUAR BANDAR SEJAHTERA


Saya yang menjalankan amanah

(RAMLAH BINTI SALLEH)


Pengetua

Maktab Rendah Sains MARA Betong

Sarawak

Peralihan monsun bermula 16 Mac ini


PERMULAAN FASA PERALIHAN MONSUN

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 16 Mac 2021 dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2021. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang telah bermula sejak 11 November 2020.

Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. 

Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.


Ketua Pengarah 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Kementerian Alam Sekitar dan Air 12 Mac 2021

Tuesday, March 09, 2021

68 Buah rumah panjang masih 'lockdown' - JPBNS


Ringkasan Kejadian Jangkitan Covid-19 Yang Melibatkan Rumah Panjang Di Sarawak.

Sehingga 09 Mac 2021, seramai 2,082 atau 18.09 peratus dari jumlah kes yang dilaporkan adalah kes yang telah dikesan telah berlaku di rumah panjang di seluruh Sarawak.

Bilangan 2,082 kes positif ini adalah daripada jumlah seramai 32,380 individu yang telah disaring COVID-19 iaitu pada kadar positif 6.43 peratus.

Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 279 buah rumah panjang di Sarawak telah di lockdown bagi tujuan mengekang perebakan jangkitan COVID-19.

Sehingga 09 Mac 2021, sebanyak 68 buah rumah panjang ini masih dalam arahan lockdown.

Selebihnya, iaitu 211 buah rumah panjang telahpun diberi pelepasan arahan lockdown setelah didapati jangkitan COVID-19 di rumah panjang tersebut adalah dalam keadaan terkawal.

Sumber: Kenyataan Media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak 9 Mac 2021

Laman Web Palsu Cabutan Bertuah Petronas

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengesan satu pautan palsu yang tular dikongsi melalui platform whatsapp berken...

Artikel Pilihan