Panduan dan kemaskini SOP PKP SARAWAK 28 Mei 2021 boleh muat turun di pautan di bawah.
Sarikei Virals adalah halaman media yang memaparkan isu semasa dalam Sarawak atau luar negeri. Teruskan bersama kami di sini. Halaman Informasi Anda
Friday, May 28, 2021
Tuesday, May 04, 2021
BPR Fasa 2 akan dikreditkan mulai 7 Mei 2021 secara berperingkat.
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, bagi memanfaatkan golongan B40.
Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.
Kini, Fasa 2 BPR menyusul untuk memanfaatkan jumlah penerima yang sama, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8j jutaindividu bujang.
Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 billion. Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima.
Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima.
Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.
Pembayaran ini akan disalurkan seperti berikut:
• Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang akan dibayar pada 7 - 12 Mei 2021 terus dikreditkan ke dalam akaun bank.
• Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) akan dibayar mulai 17 Mei 2021 melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
Bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.
Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.
Friday, April 23, 2021
Malam Dirogol Ayah, Siang Diliwat Abang Kandung
PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa pemuas nasfu dirogol dan diliwat beberapa kali sejak tahun lalu oleh bapa dan tiga abang kandungnya
Mangsa dikatakan diberi minuman yang dicampur bahan disyaki dadah oleh suspek sebelum dirogol selain diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.
Menurut laporan FREEMALAYSIATODAY, kesemua empat lelaki berkenaan ditahan polis semalam selepas mangsa yang sudah kematian ibu itu membuat laporan polis pada 2.59 petang kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Mohd Sukri Kaman berkata, kesemua suspek dan seorang wanita yang dikenali sebagai kakak ipar mangsa, berusia antara 23 hingga 48 tahun ditahan antara 12.45 tengah malam hingga 1.13 pagi semalam.
Semua yang ditahan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Sumber: FREEMALAYSIATODAY
2 Kluster Terbaru Diisytiharkan Hari Ini
Wednesday, April 14, 2021
Jawatan Kosong Pegawai Bomba Bantuan (Lelaki)
PEGAWAI BOMBA BANTUAN (LELAKI)
Untuk ditempatkan di:
i. Balai Bomba dan Penyelamat Siburan
ii. Balai Bomba dan Penyelamat Serian
iii. Balai Bomba dan Penyelamat Betong
iv. Balai Bomba dan Penyelamat Song
V. Balai Bomba dan Penyelamat Daro
vi Balai Bomba dan Penyelamat Mukah
vii. Balai Bomba dan Penyelamat Belaga
viii. Balai Bomba dan Penyelamat Lawas
Syarat kelayakan: (rujuk gambar iklan)
![]() |
| Iklan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak |
Cara memohon:
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang PBB3 yang boleh didapati daripada balai-balai yang dinyatakan di atas atau boleh dimuat turun dari pautan di bawah:
Klik SINI untuk muat turun borang
![]() |
| Contoh borang |
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran passport terkini, salinan Mykad, salinan sijil-sijil akademik dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah dihantar ke:
Penolong Pengarah
Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Sarawak, Ibu Pejabat
Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya
93350 KUCHING
atau melalui emel ke:
bhgoperasi_swk@bomba.gov.my
Tarikh Tutup: 30 April 2021
Monday, April 12, 2021
Diskaun 70 peratus saman JPJ mulai esok
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada 3.5 juta notis saman yang masih aktif.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata tawaran berkenaan bermula esok kepada semua saman yang boleh dikompaun, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
![]() |
| Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Foto fail NSTP |
Bagaimanapun, katanya, pengurangan saman berkenaan tidak termasuk kes dalam sebutan mahkamah.
"Sejak 2010 sehingga Mac tahun ini, kita dapati sebanyak 3.5 juta saman masih aktif yang belum diselesaikan.
"Jadi, dengan tawaran yang dilaksanakan ini, kita harap individu berkenaan dapat membayar saman yang tertunggak," katanya pada sidang media selepas majlis Sambutan Ulang Tahun JPJ Ke-75 di Kementerian Pengangkutan, di sini, hari ini.
Ka Siong berkata, pembayaran saman berkenaan diharap dapat dijalankan secara dalam talian menggunakan portal JPJ bagi melancarkan proses kerana sebelum ini, kebanyakan mereka dilihat lebih selesa hadir ke cawangan JPJ.
Katanya, pengurangan saman itu sedikit berbeza kerana tempoh yang diberikan lebih lama iaitu dua bulan berbanding sebulan sebelum ini.
Pada majlis sama, Ka Siong turut memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian yang dikenali sebagai JPJeQ.
"JPJeQ adalah aplikasi yang membenarkan pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan serta menggunakan kod QR bagi mendapatkan nombor giliran.
"Sistem ini juga mesra orang kurang upaya (OKU), warga emas dan berkeperluan khas. Ia dibangunkan selaras hasrat kerajaan dalam mengamalkan norma baharu COVID-19," katanya.
Ka Siong turut melancarkan siri nombor pendaftaran 'FD' bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya yang boleh dibida hari ini sehingga jam 10 malam, 16 April ini.
Sumber: Berita Harian
Tuesday, March 30, 2021
Kampung Baji, Sarikei LOCKDOWN
ACTIVE CASE DETECTION (ACD) JALAN BAJI/KAMPUNG BAJI SARIKEI
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2 Adalah dimaklumkan bahawa terdapat kontak rapat bagi kes positif di Daerah Sarikei dari Jalan Baji/Kampung Baji Sarikei telah dikenalpasti oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei. Sehubungan itu, lokasi berkenaan adalah di bawah Active Case Detection (ACD) dan memerlukan pelaksanaan kawalan penuh pergerakan (lock down) berkuatkuasa serta-merta untuk tempoh 14 hari bermula daripada tarikh berikut:
Tarikh: 30 Mac 2021 sehingga 12 April 2021
Lokaliti: Jalan Baji/Kampung Baji Sarikei
3. Mohon Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sarikei untuk mengambil maklum dan membuat tindakan sewajarnya dengan kadar SEGERA
4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah diharapkan dan dihargai.
Sekian, terima kasih.
Laman Web Palsu Cabutan Bertuah Petronas
Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengesan satu pautan palsu yang tular dikongsi melalui platform whatsapp berken...
Artikel Pilihan
-
𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 [𝗦𝗮𝘁𝘂 (𝟭) 𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂]. Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan ...
-
ACTIVE CASE DETECTION (ACD) JALAN BAJI/KAMPUNG BAJI SARIKEI Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2 Adalah dimaklumkan b...
-
Tukang kebun tersebut secara tidak sengaja telah memecahkan balang itu sebelum terhidu satu bau yang cukup kuat. PENEMUAN kemaluan lelaki ...
-
4 April 2021 Berikut antara senarai nama pengajar, guru dan kakitangan yang akan menerima suntikan kali pertama vaksin Covid-19 di seluruh...
-
PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa pemuas nasfu dirogol dan diliwat beberapa kali sejak tahun lalu oleh...
-
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu jangkitan COVID-19 seperti berikut: I. Kuster Jalan Green, K...
-
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu iaitu di Daerah Saratok dan Kapit. Perincian kluster baharu te...













