Thursday, July 08, 2021

PDRM Sarikei Tampil Dalam "OP BANTU"


SARIKEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sarikei amat prihatin dengan situasi masyarakat setempat yang terkesan ekoran daripada pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini. 


Seiring dengan slogan Polis "Sedia Berkhidmat" PDRM daerah Sarikei telah mengenalpasti beberapa individu yang memerlukan serta menyampaikan bantuan kebajikan kepada masyarakat pada Selasa.



Secara tidak langsung pihak Polis turut sama-sama membantu masyarakat yang mengalami kesempitan hidup akibat hilang mata pencarian atau mereka yang terjejas pendapatan isi rumah semasa pandemik COVID-19. 


Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei DSP Benedict Faris Jimoy berkata, kami turut merasa kepahitan hidup warga penduduk Sarikei yang terjejas dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 ini.



" Sumbangan ini adalah inisiatif daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang telah melancarkan 'Op Bantu' bagi memberi bantuan segera kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan di seluruh negara termasuklah daerah Sarikei "

" Sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit sebanyak beban masyarakat yang terjejas serta sebagai tanda sokongan serta memberikan semangat kepada masyarakat untuk terus berjuang bersama-sama kita dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini, " katanya ketika ditemui oleh pihak media. 



Setakat ini sejumlah 20 buah rumah telah dikenalpasti dalam daerah Sarikei antaranya adalah di kawasan Drahman Keria, Kampung Baji, Jalan Ixora dan juga di kawasan Taman Susur Jambu.


" Selain itu Skuad Aman Wanita (AMANITA) yang terdiri dari kalangan anggota dan pegawai PDRM turut terlibat dalam program kemasyarakatan ini untuk membantu di lapangan, " tambahnya lagi. 



Dalam pada masa yang sama, anggota RELA yang berada di lapangan akan ditugaskan untuk melakukan rondaan bagi mendapatkan maklumat bagi tujuan bantuan kepada mana-mana individu yang memerlukan bantuan segera.


Bagi individu yang terputus bekalan makanan mereka diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah)(IPD) berdekatan untuk mendapatkan bantuan segera manakala individu yang tidak dapat hadir ke IPD, mereka diminta menghubungi IPD atau talian Whatsapp Khas Op Bantu yang akan diumumkan kelak.


Kesemua maklumat penerima sumbangan bantuan akan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tindakan lanjut dan untuk mengelakkan masalah pertindihan maklumat di peringkat perlaksanaan. 


DSP Benedict turut serta dalam penghantaran juga pengagihan sumbangan Op Bantu bersama beberapa pegawai kanan dari IPD  Sarikei, Skuad AMANITA dan juga anggota RELA daerah Sarikei.

Tuesday, May 04, 2021

BPR Fasa 2 akan dikreditkan mulai 7 Mei 2021 secara berperingkat.


Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, bagi memanfaatkan golongan B40.



Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.



Kini, Fasa 2 BPR menyusul untuk memanfaatkan jumlah penerima yang sama, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8j jutaindividu bujang.



Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 billion. Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima.


Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima.


Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.


Pembayaran ini akan disalurkan seperti berikut:


• Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang akan dibayar pada 7 - 12 Mei 2021 terus dikreditkan ke dalam akaun bank.


• Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) akan dibayar mulai 17 Mei 2021 melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.


Bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.


Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Friday, April 23, 2021

Malam Dirogol Ayah, Siang Diliwat Abang Kandung


PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa pemuas nasfu dirogol dan diliwat beberapa kali sejak tahun lalu oleh bapa dan tiga abang kandungnya 


Mangsa dikatakan diberi minuman yang dicampur bahan disyaki dadah oleh suspek sebelum dirogol selain diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.


Menurut laporan FREEMALAYSIATODAY, kesemua empat lelaki berkenaan ditahan polis semalam selepas mangsa yang sudah kematian ibu itu membuat laporan polis pada 2.59 petang kelmarin.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Mohd Sukri Kaman berkata, kesemua suspek dan seorang wanita yang dikenali sebagai kakak ipar mangsa, berusia antara 23 hingga 48 tahun ditahan antara 12.45 tengah malam hingga 1.13 pagi semalam.


Semua yang ditahan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.


Sumber: FREEMALAYSIATODAY

2 Kluster Terbaru Diisytiharkan Hari Ini


Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu iaitu di Daerah Saratok dan Kapit. Perincian kluster baharu tersebut adalah seperti berikut:

I. Kluster Jalan Roban Lama, Saratok

Kluster Jalan Roban Lama adalah sebuah kluster di institusi pendidikan yang telah dikesan melibatkan sebuah kolej tingkatan enam di Jalan Roban Lama, Saratok.

Kluster ini dikesan melalui saringan bersasar yang telah dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Betong pada 18 April 2021 ke atas kakitangan dan pelajar di sekolah tersebut di mana seramai 40 individu telah didapati reaktif Rapid Test Kits (RTK) Antigen.

Hasil saringan ulangan menggunakan ujian rT-PCR, didapati seramai 13 orang daripada mereka telah dikesan positif COVID-19 pada 22 April 2021.

Punca jangkitan yang menyebabkan kluster ini adalah dari komuniti yang telah merebak ke kolej tersebut melalui kontak rapat dalam kalangan kakitangan dan pelajar kolej tersebut.

Manakala sejumlah 294 individu melibatkan kluster ini telah disaring dimana:
• 48 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks 
• 241 kes adalah negatif; dan
• 5 kes yang masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua 48 kes yang didapati positif COVID-19 telah dirujuk ke Hospital Saratok dan telah dimasukkan ke PKRC Betong bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

II. Kluster Jalan Selirik, Kapit

Kluster Jalan Selirik adalah sebuah kluster di institusi pendidikan yang telah dikesan melibatkan sebuah sekolah menengah di Jalan Selirik, Kapit.

Indeks kes kepada kluster ini adalah seorang pelajar asrama sekolah tersebut yang berumur 15 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 12 April 2021. 

Kes telah masuk ke asrama sekolah sejak permulaan sesi persekolahan pada 04 April 2021 dan mula menunjukkan tanda dan gejala pada 05 April 2021.

Perebakan jangkitan berlaku melalui aktiviti gotong-royong yang telah dijalankan pada 04 April 2021 di asrama sekolah serta pergaulan rapat diantara pelajar dan juga kakitangan sekolah. 

Punca jangkitan yang menyebabkan kluster ini adalah dari komuniti dan telah menjangkiti kakitangan dan pelajar di sekolah tersebut melalui kontak rapat. 

Saringan pengesanan kes secara aktif ke atas kakitangan dan pelajar-pelajar sekolah tersebut, didapati tambahan 22 kes telah dikesan positif COVID-19. 

Mereka ini terdiri daripada kakitangan sekolah, tukang masak di dapur asrama sekolah, pelajar asrama dan juga pelajar harian.

Manakala, sejumlah 108 individu melibatkan kluster ini telah disaring dimana:
• 23 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 85 individu yang masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua 23 kes yang didapati positif COVID-19 telah dirujuk ke Hospital Kapit dan telah dimasukkan ke PKRC Kapit bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Wednesday, April 14, 2021

Jawatan Kosong Pegawai Bomba Bantuan (Lelaki)


 PEGAWAI BOMBA BANTUAN (LELAKI)


Untuk ditempatkan di:

i. Balai Bomba dan Penyelamat Siburan

ii. Balai Bomba dan Penyelamat Serian

iii. Balai Bomba dan Penyelamat Betong

iv. Balai Bomba dan Penyelamat Song

V. Balai Bomba dan Penyelamat Daro

vi Balai Bomba dan Penyelamat Mukah

vii. Balai Bomba dan Penyelamat Belaga

viii. Balai Bomba dan Penyelamat Lawas


Syarat kelayakan: (rujuk gambar iklan)


Iklan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang PBB3 yang boleh didapati daripada balai-balai yang dinyatakan di atas atau boleh dimuat turun dari pautan di bawah:


Klik SINI untuk muat turun borang



Contoh borang


Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran passport terkini, salinan Mykad, salinan sijil-sijil akademik dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah dihantar ke:


Penolong Pengarah

Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Negeri Sarawak, Ibu Pejabat

Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya

93350 KUCHING


atau melalui emel ke:

bhgoperasi_swk@bomba.gov.my


Tarikh Tutup: 30 April 2021

Monday, April 12, 2021

Diskaun 70 peratus saman JPJ mulai esok


 PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada 3.5 juta notis saman yang masih aktif.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata tawaran berkenaan bermula esok kepada semua saman yang boleh dikompaun, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Foto fail NSTP

Bagaimanapun, katanya, pengurangan saman berkenaan tidak termasuk kes dalam sebutan mahkamah.


"Sejak 2010 sehingga Mac tahun ini, kita dapati sebanyak 3.5 juta saman masih aktif yang belum diselesaikan.


"Jadi, dengan tawaran yang dilaksanakan ini, kita harap individu berkenaan dapat membayar saman yang tertunggak," katanya pada sidang media selepas majlis Sambutan Ulang Tahun JPJ Ke-75 di Kementerian Pengangkutan, di sini, hari ini.


Ka Siong berkata, pembayaran saman berkenaan diharap dapat dijalankan secara dalam talian menggunakan portal JPJ bagi melancarkan proses kerana sebelum ini, kebanyakan mereka dilihat lebih selesa hadir ke cawangan JPJ.


Katanya, pengurangan saman itu sedikit berbeza kerana tempoh yang diberikan lebih lama iaitu dua bulan berbanding sebulan sebelum ini.


Pada majlis sama, Ka Siong turut memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian yang dikenali sebagai JPJeQ.


"JPJeQ adalah aplikasi yang membenarkan pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan serta menggunakan kod QR bagi mendapatkan nombor giliran.


"Sistem ini juga mesra orang kurang upaya (OKU), warga emas dan berkeperluan khas. Ia dibangunkan selaras hasrat kerajaan dalam mengamalkan norma baharu COVID-19," katanya.


Ka Siong turut melancarkan siri nombor pendaftaran 'FD' bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya yang boleh dibida hari ini sehingga jam 10 malam, 16 April ini.


Sumber: Berita Harian

Laman Web Palsu Cabutan Bertuah Petronas

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengesan satu pautan palsu yang tular dikongsi melalui platform whatsapp berken...

Artikel Pilihan