Friday, April 22, 2022

Laman Web Palsu Cabutan Bertuah Petronas



Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengesan satu pautan palsu yang tular dikongsi melalui platform whatsapp berkenaan 'Cabutan Bertuah Petronas' pada hari ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata dalam kenyataan media hari ini, pautan tersebut jika ditekan akan membawa pengguna ke laman web yang dipercayai sebagai 'phishing website' yang menyerupai laman asal.


"Pautan tersebut https://thursdaystagnation.top/petronas-gf/tb.php?oiescilfi1650589983456 adalah merupakan laman palsu dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak melayari kandungan laman web tersebut," katanya dalam kenyataan.

"Dipercayai laman web tersebut mengandungi Trojan/Malware yang boleh membahayakan data yang tersimpan di peranti milik pengguna"



Hasil siasatan mendapati pautan tersebut akan membawa pengguna ke laman web yang kelihatan seperti laman web cabutan bertuah yang dianjurkan oleh pihak Petronas.


Pengguna akan diminta untuk menjawab empat soalan kaji selidik ringkas yang dipercayai direka bagi tujuan mendapatkan data pengguna (phishing)


"Seteleh selesai menjawab kesemua soalan, pengguna dikehendaki menghantar pautan tersebut kepada 20 orang yang lain," ujarnya lagi.


Semakan lanjut mendapati laman web tersebut adalah palsu dan tiada sebarang kaitan dengan pihak Petronas.


Sementara itu, pihak Petronas turut mengeluarkan kenyataan amaran mengenai pautan palsu yang tular di platform whatsapp itu dan memaklumkan tiada mempunyai kaitan dengan 'tinjau selidik' tersebut dan menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya.




Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID SC RESPONSE CENTER di Galian 03-26101559 atau 03-26101599.

Tuesday, November 23, 2021

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 2 Mulai Dibayar 25 Nov 2021

 


KUALA LUMPUR, 23 Nov Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai Khamis ini (25 Nov) dengan peruntukan RM300 juta.


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata bayaran kedua itu akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.


"Seperti semua sedia maklum, pembayaran Fasa 1 BKC telah selesai dibuat pada bulan September yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion dan memanfaatkan hampir 10 juta penerima.


"Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan pada bulan Disember melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40," katanya.


Bagi penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun mereka manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pembayaran melalui cawangan Simpanan Nasional (BSN).


Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC https://bkc.hasil.gov.my


Ismail Sabri menegaskan kerajaan sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC itu mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID 19.


"Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan," katanya.


BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.


Pada 28 Jun lepas, kerajaan mengumumkan pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.


Di bawah BKC, kategori miskin tegar, isi rumah akan menerima RM1,300; warga emas sebatang kara (RM500) dan bujang (RM500).


Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM800, warga emas sebatang kara (RM200) dan bujang (RM200) manakala kategori M40, isi rumah layak menerima RM250, warga emas sebatang kara (RM100) dan bujang (RM100).


Kredit: BERNAMA

Tuesday, November 02, 2021

Cleaner temui cek RM10.4 juta


INDONESIA: Tular di medsos apabila seorang cleaner di lapangan terbang menemui sekeping cek dengan nilai jumlah yang besar berjumlah RM10.4 juta pada Sabtu.


Halimah, 29 tahun, ibu kepada dua orang anak yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta telah menemui dompat berwarna coklat yang didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E.


Ketika beliau sedang memeriksa dompet tersebut beliau terkejut melihat angka yang tertera pada sekeping cek yang dijumpainya.


"Cek tersebut tertulia Rp 35.5 billion (bersamaan RM10.4 juta). Saya terkejut kerana nilainya sangat besar hingga perlu melihatnya berkali-kali namun tiada terniat dalam hati untuk mengambilnya," katanya.


Halimah kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pegawai keselamatan yang bertugas di Terminal 2 dan memaklumkan perkara berkenaan penemuan itu.


"Tidak pernah terfikir untuk mengambilnya kerana itu hak orang. Kita tanamkan rasa jujur, sekecil mana pun barang yang kita jumpe mesti dilaporkan untuk dipulangkan kepada pemilik," demikian menurutnya lagi.


Selain daripada penemuan cek bernilai Rp 35.5 bilion di dalam dompet tersebut beliau turut menemukan empat buah buku cek dan juga sekeping pasport.



Pengurus Besar BSH Wilayah 1 Angkasa Pura Solusi, Toyib Fanani berkata, di atas kejujuran Halimah itu beliau akan diberikan ganjaran berupa kenaikan pangkat sebagai penyelia atas kemuliaan serta tanggungjawabnya dalam menjalankan tugas.


Dia menghargai kejujuran Halimah ketika berkerja di lapangan terbang itu dengan segera melaporkan penemuan dompet penumpang yang tertinggal.


Sumber: SinarPlus

Wednesday, September 29, 2021

4 juta data bocor: Polis tidak tolak kemungkinan kerja orang dalam


KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan satu kertas siasatan dibuka berhubung kejadian kecurian empat juta data awam daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dipercayai dijual di sebuah forum jual beli terkenal.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, laporan dibuat oleh Timbalan Pengarah JPN di Balai Presint 7 Putrajaya pada Isnin.


"Siasatan baru dijalankan jadi semua orang boleh jadi suspek dan kita tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan orang dalam.


"Siasatan akan mengambil sedikit masa dan kita akan memperhalusi semua aspek untuk mengesahkan apa yang berlaku," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Jinjang pada Selasa.


Kejadian tersebut didedahkan menerusi satu hantaran di sebuah forum perbincangan digital tempatan pada pagi Selasa.


Mengulas lanjut, Mohd Kamarudin berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengenal pasti punca sebenar kecurian tersebut.


Tambahnya, tahap keselamatan siber negara perlu dipertingkatkan kerana aktiviti pengodaman jenayah sentiasa mencari peluang untuk mencuri maklumat sensitif.


"Penggodam ini memang kerjanya mencuri data untuk dijual. Kita perlukan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) agar memperketat kawalan agar firewall (tembok api) kita tidak mudah ditembusi," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Thursday, September 16, 2021

Terhidu bau aneh, tukang kebun menemui 'loloi' IeIaki dalam balang kaca

 


Tukang kebun tersebut secara tidak sengaja telah memecahkan balang itu sebelum terhidu satu bau yang cukup kuat.


PENEMUAN kemaluan lelaki yang dipotong dalam sebuah balang kaca ternyata menimbulkan misteri.


Berikut antara komen-komen netizen


“ Err, seram ya.. dlu2 perna tebaca kalau benda mcm ne dorg sgup potong drpd mayat2 lelaki yg dorg kenal, klu xsilap utk pempuan yg empunya lelaki lepaskan nafsu(kira laki tu meninggal tp pempuan xreda). Kira syirikla, lupa dh kat mana cerita tu dlu. Hrp2 tu cuma silikon la, bersangka baik.”  – Sher


“Subahan allah kenapa buat kejam klu pun bersalah lapur kapada pihak yg berwsajib jangan buat undang2 sendiri wskau pun hal ani melobatkan maksiat atau lain kamu sudah buat janayah membunuh allah saja yg mengadilkan nanti sabar Dan berdoa siapa salah dan siapa benar ini kejam hukum nya”  – Pn Zainab


Kejadian itu berlaku Balcarce, Buenos Aires, Argentina yang mana ia kini sudah menjadi kes polis.


Terdahulu, seorang tukang kebun menemui balang itu di dalam kawasan semak ketika dia mahu memotong rumput.


Difahamkan, dia secara tidak sengaja telah memecahkan balang itu sebelum terhidu satu bau yang cukup kuat.


Selepas laporan dibuat, pasukan polis forensik turut hadir ke tempat kejadian.


Sehingga kini, pihak berkuasa belum dapat mengenalpasti pemilik kemaluan itu. – Daily Star.


Antara komen-komen netizen.


Jangan lupa untuk LIKE•FOLLOW•SHARE halaman kami di SARIKEI VIRALS

Thursday, July 08, 2021

PDRM Sarikei Tampil Dalam "OP BANTU"


SARIKEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sarikei amat prihatin dengan situasi masyarakat setempat yang terkesan ekoran daripada pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini. 


Seiring dengan slogan Polis "Sedia Berkhidmat" PDRM daerah Sarikei telah mengenalpasti beberapa individu yang memerlukan serta menyampaikan bantuan kebajikan kepada masyarakat pada Selasa.



Secara tidak langsung pihak Polis turut sama-sama membantu masyarakat yang mengalami kesempitan hidup akibat hilang mata pencarian atau mereka yang terjejas pendapatan isi rumah semasa pandemik COVID-19. 


Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei DSP Benedict Faris Jimoy berkata, kami turut merasa kepahitan hidup warga penduduk Sarikei yang terjejas dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 ini.



" Sumbangan ini adalah inisiatif daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang telah melancarkan 'Op Bantu' bagi memberi bantuan segera kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan di seluruh negara termasuklah daerah Sarikei "

" Sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit sebanyak beban masyarakat yang terjejas serta sebagai tanda sokongan serta memberikan semangat kepada masyarakat untuk terus berjuang bersama-sama kita dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini, " katanya ketika ditemui oleh pihak media. 



Setakat ini sejumlah 20 buah rumah telah dikenalpasti dalam daerah Sarikei antaranya adalah di kawasan Drahman Keria, Kampung Baji, Jalan Ixora dan juga di kawasan Taman Susur Jambu.


" Selain itu Skuad Aman Wanita (AMANITA) yang terdiri dari kalangan anggota dan pegawai PDRM turut terlibat dalam program kemasyarakatan ini untuk membantu di lapangan, " tambahnya lagi. 



Dalam pada masa yang sama, anggota RELA yang berada di lapangan akan ditugaskan untuk melakukan rondaan bagi mendapatkan maklumat bagi tujuan bantuan kepada mana-mana individu yang memerlukan bantuan segera.


Bagi individu yang terputus bekalan makanan mereka diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah)(IPD) berdekatan untuk mendapatkan bantuan segera manakala individu yang tidak dapat hadir ke IPD, mereka diminta menghubungi IPD atau talian Whatsapp Khas Op Bantu yang akan diumumkan kelak.


Kesemua maklumat penerima sumbangan bantuan akan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tindakan lanjut dan untuk mengelakkan masalah pertindihan maklumat di peringkat perlaksanaan. 


DSP Benedict turut serta dalam penghantaran juga pengagihan sumbangan Op Bantu bersama beberapa pegawai kanan dari IPD  Sarikei, Skuad AMANITA dan juga anggota RELA daerah Sarikei.

Tuesday, May 04, 2021

BPR Fasa 2 akan dikreditkan mulai 7 Mei 2021 secara berperingkat.


Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, bagi memanfaatkan golongan B40.



Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.



Kini, Fasa 2 BPR menyusul untuk memanfaatkan jumlah penerima yang sama, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8j jutaindividu bujang.



Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 billion. Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima.


Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima.


Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.


Pembayaran ini akan disalurkan seperti berikut:


• Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang akan dibayar pada 7 - 12 Mei 2021 terus dikreditkan ke dalam akaun bank.


• Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) akan dibayar mulai 17 Mei 2021 melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.


Bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.


Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Friday, April 23, 2021

Malam Dirogol Ayah, Siang Diliwat Abang Kandung


PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa pemuas nasfu dirogol dan diliwat beberapa kali sejak tahun lalu oleh bapa dan tiga abang kandungnya 


Mangsa dikatakan diberi minuman yang dicampur bahan disyaki dadah oleh suspek sebelum dirogol selain diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.


Menurut laporan FREEMALAYSIATODAY, kesemua empat lelaki berkenaan ditahan polis semalam selepas mangsa yang sudah kematian ibu itu membuat laporan polis pada 2.59 petang kelmarin.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Mohd Sukri Kaman berkata, kesemua suspek dan seorang wanita yang dikenali sebagai kakak ipar mangsa, berusia antara 23 hingga 48 tahun ditahan antara 12.45 tengah malam hingga 1.13 pagi semalam.


Semua yang ditahan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.


Sumber: FREEMALAYSIATODAY

2 Kluster Terbaru Diisytiharkan Hari Ini


Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu iaitu di Daerah Saratok dan Kapit. Perincian kluster baharu tersebut adalah seperti berikut:

I. Kluster Jalan Roban Lama, Saratok

Kluster Jalan Roban Lama adalah sebuah kluster di institusi pendidikan yang telah dikesan melibatkan sebuah kolej tingkatan enam di Jalan Roban Lama, Saratok.

Kluster ini dikesan melalui saringan bersasar yang telah dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Betong pada 18 April 2021 ke atas kakitangan dan pelajar di sekolah tersebut di mana seramai 40 individu telah didapati reaktif Rapid Test Kits (RTK) Antigen.

Hasil saringan ulangan menggunakan ujian rT-PCR, didapati seramai 13 orang daripada mereka telah dikesan positif COVID-19 pada 22 April 2021.

Punca jangkitan yang menyebabkan kluster ini adalah dari komuniti yang telah merebak ke kolej tersebut melalui kontak rapat dalam kalangan kakitangan dan pelajar kolej tersebut.

Manakala sejumlah 294 individu melibatkan kluster ini telah disaring dimana:
• 48 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks 
• 241 kes adalah negatif; dan
• 5 kes yang masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua 48 kes yang didapati positif COVID-19 telah dirujuk ke Hospital Saratok dan telah dimasukkan ke PKRC Betong bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

II. Kluster Jalan Selirik, Kapit

Kluster Jalan Selirik adalah sebuah kluster di institusi pendidikan yang telah dikesan melibatkan sebuah sekolah menengah di Jalan Selirik, Kapit.

Indeks kes kepada kluster ini adalah seorang pelajar asrama sekolah tersebut yang berumur 15 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 12 April 2021. 

Kes telah masuk ke asrama sekolah sejak permulaan sesi persekolahan pada 04 April 2021 dan mula menunjukkan tanda dan gejala pada 05 April 2021.

Perebakan jangkitan berlaku melalui aktiviti gotong-royong yang telah dijalankan pada 04 April 2021 di asrama sekolah serta pergaulan rapat diantara pelajar dan juga kakitangan sekolah. 

Punca jangkitan yang menyebabkan kluster ini adalah dari komuniti dan telah menjangkiti kakitangan dan pelajar di sekolah tersebut melalui kontak rapat. 

Saringan pengesanan kes secara aktif ke atas kakitangan dan pelajar-pelajar sekolah tersebut, didapati tambahan 22 kes telah dikesan positif COVID-19. 

Mereka ini terdiri daripada kakitangan sekolah, tukang masak di dapur asrama sekolah, pelajar asrama dan juga pelajar harian.

Manakala, sejumlah 108 individu melibatkan kluster ini telah disaring dimana:
• 23 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 85 individu yang masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua 23 kes yang didapati positif COVID-19 telah dirujuk ke Hospital Kapit dan telah dimasukkan ke PKRC Kapit bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Wednesday, April 14, 2021

Jawatan Kosong Pegawai Bomba Bantuan (Lelaki)


 PEGAWAI BOMBA BANTUAN (LELAKI)


Untuk ditempatkan di:

i. Balai Bomba dan Penyelamat Siburan

ii. Balai Bomba dan Penyelamat Serian

iii. Balai Bomba dan Penyelamat Betong

iv. Balai Bomba dan Penyelamat Song

V. Balai Bomba dan Penyelamat Daro

vi Balai Bomba dan Penyelamat Mukah

vii. Balai Bomba dan Penyelamat Belaga

viii. Balai Bomba dan Penyelamat Lawas


Syarat kelayakan: (rujuk gambar iklan)


Iklan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang PBB3 yang boleh didapati daripada balai-balai yang dinyatakan di atas atau boleh dimuat turun dari pautan di bawah:


Klik SINI untuk muat turun borang



Contoh borang


Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran passport terkini, salinan Mykad, salinan sijil-sijil akademik dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah dihantar ke:


Penolong Pengarah

Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Negeri Sarawak, Ibu Pejabat

Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya

93350 KUCHING


atau melalui emel ke:

bhgoperasi_swk@bomba.gov.my


Tarikh Tutup: 30 April 2021

Monday, April 12, 2021

Diskaun 70 peratus saman JPJ mulai esok


 PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada 3.5 juta notis saman yang masih aktif.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata tawaran berkenaan bermula esok kepada semua saman yang boleh dikompaun, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Foto fail NSTP

Bagaimanapun, katanya, pengurangan saman berkenaan tidak termasuk kes dalam sebutan mahkamah.


"Sejak 2010 sehingga Mac tahun ini, kita dapati sebanyak 3.5 juta saman masih aktif yang belum diselesaikan.


"Jadi, dengan tawaran yang dilaksanakan ini, kita harap individu berkenaan dapat membayar saman yang tertunggak," katanya pada sidang media selepas majlis Sambutan Ulang Tahun JPJ Ke-75 di Kementerian Pengangkutan, di sini, hari ini.


Ka Siong berkata, pembayaran saman berkenaan diharap dapat dijalankan secara dalam talian menggunakan portal JPJ bagi melancarkan proses kerana sebelum ini, kebanyakan mereka dilihat lebih selesa hadir ke cawangan JPJ.


Katanya, pengurangan saman itu sedikit berbeza kerana tempoh yang diberikan lebih lama iaitu dua bulan berbanding sebulan sebelum ini.


Pada majlis sama, Ka Siong turut memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian yang dikenali sebagai JPJeQ.


"JPJeQ adalah aplikasi yang membenarkan pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan serta menggunakan kod QR bagi mendapatkan nombor giliran.


"Sistem ini juga mesra orang kurang upaya (OKU), warga emas dan berkeperluan khas. Ia dibangunkan selaras hasrat kerajaan dalam mengamalkan norma baharu COVID-19," katanya.


Ka Siong turut melancarkan siri nombor pendaftaran 'FD' bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya yang boleh dibida hari ini sehingga jam 10 malam, 16 April ini.


Sumber: Berita Harian

Tuesday, March 30, 2021

Kampung Baji, Sarikei LOCKDOWN


 

ACTIVE CASE DETECTION (ACD) JALAN BAJI/KAMPUNG BAJI SARIKEI


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2 Adalah dimaklumkan bahawa terdapat kontak rapat bagi kes positif di Daerah Sarikei dari Jalan Baji/Kampung Baji Sarikei telah dikenalpasti oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei. Sehubungan itu, lokasi berkenaan adalah di bawah Active Case Detection (ACD) dan memerlukan pelaksanaan kawalan penuh pergerakan (lock down) berkuatkuasa serta-merta untuk tempoh 14 hari bermula daripada tarikh berikut:


Tarikh: 30 Mac 2021 sehingga 12 April 2021


Lokaliti: Jalan Baji/Kampung Baji Sarikei


3. Mohon Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sarikei untuk mengambil maklum dan membuat tindakan sewajarnya dengan kadar SEGERA


4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah diharapkan dan dihargai.


Sekian, terima kasih.

Monday, March 29, 2021

Kluster terbaru - Kluster Taman Vistagro, Sri Aman

 


𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 [𝗦𝗮𝘁𝘂 (𝟭) 𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂].

Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) lagi kluster baharu iaitu Kluster Taman Vistagro, Sri Aman, Sarawak. Perincian kluster pada hari ini adalah seperti berikut:

𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗩𝗶𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗼, 𝗦𝗿𝗶 𝗔𝗺𝗮𝗻

Kluster Taman Vistagro, Sri Aman adalah satu kluster komuniti yang telah dikesan di kawasan perumahan di Taman Vistagro di bandar Sri Aman.

Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke- 14,911 yang merupakan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 62 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala di klinik swasta.

Indeks kes ini yang telah didapati positif ujian saringan RTK Antigen di klinik swasta pada 23 Mac 2021.

Kes kemudian terus dimasukkan ke PKRC di Sri Aman dan telah menjalani saringan pengesahan menggunakan rT-PCR.

Kes indeks ini telah didapati positif COVID-19 pada 25 Mac 2021.

Kes indeks berkemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti semasa melakukan pergerakan rentas zon iaitu beliau kerap melakukan perjalanan ke Daerah Kuching.

Hasil siasatan lanjut dan pengesanan kes secara aktif dalam kalangan ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual kepada kes indeks ini, tambahan seramai 17 kes positif telah dikesan positif COVID-19 melibatkan kluster ini. 

Sejumlah 179 individu telah disaring, dimana:

• 18 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 

• 46 kes adalah negatif dan

• 115 kes masih menunggu keputusan.

Kesemua 18 kes tersebut telah dirujuk ke Hospital Sri Aman dan telah dimasukkan ke PKRC Sri Aman bagi tujuan mendapatkan rawatan lanjut dan pengasingan.


Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak 29 Mac 2021

Saturday, March 27, 2021

Temujanji suntikan vaksin para guru dan kakitangan sekolah di kawasan Meradong

 

4 April 2021

Berikut antara senarai nama pengajar, guru dan kakitangan yang akan menerima suntikan kali pertama vaksin Covid-19 di seluruh sekolah kawasan Meradong.


Mereka akan menerima suntikan bermula dari tarikh 4 April hingga 8 April secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Dalam pada masa yang sama, penerima diwajibkan datang tepat pada masa temujanji dan jika berlaku kelewatan dari masa yang ditetapkan, nama akan ditukar dan diganti dengan orang lain.


Manakala pakaian hendaklah menggunakan pakaian yang sesuai untuk menerima suntikan di bahu nanti.

Saturday, March 20, 2021

Kebakaran di Rh. Albert Beji, Roban


Sebuah rumah panjang beralamat di Tr. Albert Beji, Jalan Selalang Nyabor, Kpg Pelasuk, Roban terbakar 10 peratus pada malam semalam di tingkat 2 rumah panjang tersebut.



Kebakaran bermula dari pintu rumah nombor 10 di tingkat atas berjaya dikawal oleh penduduk rumah panjang sementara menunggu ketibaan pihak bomba ke tempat kejadian.



Tiba di lokasi, anggota bomba memadam kebakaran sepenuhnya di mana penduduk rumah panjang telah menggunakan 2 alat pemadam api untuk memberi bantuan awal.


Komander Operasi Kanan, PPgB Mahmudin Narudin, Ketua Balai BBP Sarikei berkata, pihak bomba telah menerima laporan pada jam 10.43 malam dan tiada insiden melibatkan kecederaan mangsa berlaku semasa kejadian.

Operasi tamat pada jam 12.14 pagi dengan kekuatan 10 anggota dari BBP Sarikei dan 7 anggota dari BBP Saratok.


Artikel: admin Sarikei Virals


Friday, March 12, 2021

Jawatan "Guru Kimia" di MRSM Betong


IKLAN JAWATAN KOSONG GURU SAMBILAN DI MRSM BETONG

Guru Kimia Sambilan - 1 Kekosongan

Sukacita MRSM Betong mempelawa calon-calon yang berminat dan mempunyai kelayakan yang bersesuaian dengan subjek di atas untuk memohon secara bertulis serta mengemukakan dokumen dan salinan sijil transkrip skrol seperti berikut

i. Data Peribadi(Resume).

ii. 2 keping gambar warna saiz passport terbaharu

iii. Salinan kad pengenalan (disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara),

iv Salinan Sijil Pelajaran Malaysia, transkrip dan skrol ijazah berkenaan ( disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A).

Permohonan bertulis yang lengkap hendaklah dihantar kepada Pengetua MRSM Betong sebelum / pada Selasa, 22 Mac 2021

Hanya calon-calon yang tersenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga dan calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak MRSM Betong

Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya


Sekian, terima kasih


" PRIHATIN RAKYAT DARURAT MEMERANGI COVID-19 "

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"LUAR BANDAR SEJAHTERA


Saya yang menjalankan amanah

(RAMLAH BINTI SALLEH)


Pengetua

Maktab Rendah Sains MARA Betong

Sarawak

Peralihan monsun bermula 16 Mac ini


PERMULAAN FASA PERALIHAN MONSUN

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 16 Mac 2021 dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2021. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang telah bermula sejak 11 November 2020.

Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. 

Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.


Ketua Pengarah 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Kementerian Alam Sekitar dan Air 12 Mac 2021

Tuesday, March 09, 2021

68 Buah rumah panjang masih 'lockdown' - JPBNS


Ringkasan Kejadian Jangkitan Covid-19 Yang Melibatkan Rumah Panjang Di Sarawak.

Sehingga 09 Mac 2021, seramai 2,082 atau 18.09 peratus dari jumlah kes yang dilaporkan adalah kes yang telah dikesan telah berlaku di rumah panjang di seluruh Sarawak.

Bilangan 2,082 kes positif ini adalah daripada jumlah seramai 32,380 individu yang telah disaring COVID-19 iaitu pada kadar positif 6.43 peratus.

Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 279 buah rumah panjang di Sarawak telah di lockdown bagi tujuan mengekang perebakan jangkitan COVID-19.

Sehingga 09 Mac 2021, sebanyak 68 buah rumah panjang ini masih dalam arahan lockdown.

Selebihnya, iaitu 211 buah rumah panjang telahpun diberi pelepasan arahan lockdown setelah didapati jangkitan COVID-19 di rumah panjang tersebut adalah dalam keadaan terkawal.

Sumber: Kenyataan Media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak 9 Mac 2021

Monday, March 08, 2021

Penagih dadah potong kepala kucing disumbat ke penjara

Majistret membenarkan rayuan tertuduh, Jaferi Suman yang tidak diwakili peguam supaya hukuman penjaranya dilaksanakan mulai tarikh dia ditahan pada 5 Julai 2020.

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret Kota Belud menjatuhkan hukuman penjara dua tahun lima bulan ke atas seorang lelaki yang mengaku bersalah membunuh seekor kucing dengan memotong kepala haiwan itu di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Julai tahun lalu.

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu terhadap Jaferi Suman, 32, yang didakwa mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Mengikut keterangan kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira 3 petang 3 Julai 2020 di depan anak pengadu yang juga pemilik kucing terbabit.

Susulan itu, pengadu terbabit membuat laporan polis keesokannya dan tertuduh ditahan pada 5 Julai 2020.

Kejadian itu turut menyebabkan dua anak pengadu trauma, selepas melihat tertuduh yang juga jiran mereka membunuh kucing terbabit menggunakan parang.

Mengikut keterangan kes, siasatan mendapati tertuduh ialah penagih dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Terdahulu dalam rayuannya, Jaferi meminta hukuman itu dilaksanakan mulai tarikh dia ditahan, iaitu 5 Julai 2020 dan majistret membenarkan rayuannya.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Mohd U’kasyah Hashim. 

Sumber: FREEMALAYSIATODAY

Laman Web Palsu Cabutan Bertuah Petronas

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengesan satu pautan palsu yang tular dikongsi melalui platform whatsapp berken...

Artikel Pilihan